Tuesday, 31 December 2013

#17 - Summary 2013

Salam.. 

Heyy 
Apakah khabar anda semua
K la disebabkan kita dah diakhir tahun 2013 ni, aku nak buat summary la pasal tahun 2013 ni..

K la kita bermula dengan grand opening 2013.. Bermulalah chapter baru dalam hidup aku.. Aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.. Walaupun kerja2 biasa kat mcd.. Aku dapat menimba pengalaman bekerja.. Berjumpa kawan2 baru.. Mengerti kepayahan mencari rezeki.. Erti teamwork.. Sesungguhnya pengalaman bekerja selama lebih kurang 6 bulan ni banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar.. 

Kisah hidup aku diteruskan dengan pengumuman keputusan SPM pada bulan Mac 2013.. Aku rasa sangat cuak masa result SPM nk announce.. Aku tak nak hampakan mak ayah aku.. Beberapa hari sebelum result keluar.. Aku seperti mendapat petunjuk untuk keputusan aku yang bakal ku terima.. Dan alhamdulilah petunjuk yang aku terima tu lebih kurang tepat.. Aku bersyukur sangat time tu.. Walaupun result aku tak straight A.. Tapi cukuplah aku dapat membuat ibu dan ayahku tersenyum riang.. Dah lama rasanya aku tak buat mak gembira dengan keputusan yang aku terima.. 

Pada bulan Jun 2013, 1 lagi peristiwa mengubah hidupku.. Mengajar aku untuk menjadi lebih matang.. Aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di UNITEN Muadzam Shah.. Pada awalnya aku runsing menerima tawaran ni kerana lokasi universiti itu jauh di pedalaman.. Tetapi aku sedar kebaikannya pada diri aku.. Di sinilah aku mengenal ramai rakan2 baru yang dapat membimbing aku ke arah yang lebih baik.. Pada mulanya aku berasa segan dengan mereka yang bersekolah di SBP & MRSM jika nak dibandingkan dengan aku yang hanya bersekolah di sekolah teknik.. Namun itu semua aku tolak ke tepi demi mencapai cita2 dan matlamat aku di sini.. Alhamdulilah pada Sem 1 aku mendapat 4 flat sekaligus layak mendapat anugerah dekan.. Aku harap delegasi kegemilangan ini bakal diteruskan untuk Sem 2 ini.. Aku bakal menduduki final exam pada pertengahan bulan Januari 2014 ini.. Doakan aku berjaya dan menggembirakan hati kedua ibu bapaku..

Itulah sedikit sebanyak peristiwa penting dalam hidupku untuk tahun 2013.. Azam tahun baru aku ialah untuk mengekalkan pointer 4 flat dan menggembirakan hati ibu ayahku.. Aku harap 2014 ini membawa lebih banyak kenangan manis dalam hidupku.. 

Selamat Tahun Baru

@~k

#16 (31/12/2013)

Salam.. 
Hye uolsss.. 

Pejam celik terbeliak pejam celik terbeliak kita dah pun tiba di hari terakhir tahun 2013.. So, ahad yang lepas aku pulang semula ke rumah kedua aku.. Haishh kejap je habis cuti.. Cuti kali ni tak best walaupun cuti seminggu.. Sebabnya tak banyak gi jalan.. Kereta waja lama ayah aku dah tolak.. So terpaksa la hidup tanpa kereta untuk beberapa hari.. Aku balik muadzam sini naik kete baru.. Wuuhuuu.. Kereta Peugeot 408.. Dapat kereta tu jumaat lepas.. Excited juga la balik muadzam naik kete baru.. Hahaha..  Tapi sebab kereta baru so belum selesakan badan lagi untuk jalan jauh.. Tak boleh tidur.. Kebetulan ijat, member aku, tumpang.. Lagi la tak boleh tidur.. Ye la.. Aku tidur berdengkur.. Segan kot.. Bhahahaha.. 

Malam ahad tu jugak la aku bertungkus lumus siapkan assignment ACSF.. Kebetulan group assignment dan aku ketua.. Memang last minit la buatkan.. Hahaha.. Kelab kabut aku cakap kau.. Aku tidur kul 3.. Kebetulan pagi tu class kul 8.. Mcm nk nangis gak la.. Hahaha.. *gembeng* Then pagi tu aku dapat msj dari lecturer.. Ye la aku class rep utk subjek pagi tu.. Bisnes Math (QNTF024).. Madam cakap dia ada hal.. Anak dia demam.. So class start kul 9.. Aku baru nak bangun, baca msj tu terus tidur.. Hahahaha.. Housemate aku da gelabah aku tak bangun.. Takut terlepas bas.. Aku selamba je cakap.. Class kul 9 la oiii.. Tidur2.. Haha.. Last2 semua tidur balik.. 

Kesan tak buat keje tu tak habis di situ sahaja.. Sambung untuk hari isnin malam tu.. Aku kena siapkan individual assignment accounting (AFAF024).. Aku dengan tak buat apa2 langsung mcm lipas kudung siapkan.. Alhamdulilah aku berjaya siapkan dan tidur pada jam 5.. Bangun pagi tu ngantuknya Allah je yang tahu.. Nasib baik selasa ada 1 je class.. So rasa mcm rilex sikit.. Hahaha..

Itu lah kisah keserabutan aku di UNITEN ni.. So kepada students kat luar tu.. Jangan ikut aku.. Tersiksa korang nanti.. Siapkan kerja awal.. Jadilah pelajar yang cemerlang.. Haha.. Ok itu je la untuk hari ni.. See you guys next year k.. Byee..

@~k

Wednesday, 25 December 2013

#15 (24/12/2013)

SALAM

haii... dah berhabuk blog aku ni.. tetiba rasa nak usha balik blog ni.. tengok2 last update masa baru2 aku masuk keje kat mcd.. bhahahaha.. dah nak setahun kot aku keje kat situ.. bayangkan betapa lamanya aku tak update blog..

so hari ni dah 24/12/2013.. sekejap je masa berlalu kan.. untuk pengetahuan korang.. actually aku now tengah cuti.. cuti christmas.. apa sebab yang buat aku tergerak nak update blog.. dah cuti2 ni faham2 lah bosan.. aku ni sorang.. tak de sapa nak borak.. nak bercerita.. stress ok.. so aku decide nak coret coret kat sini.. *padahal assignment bertimbun tengah tunggu aku.. hahhaahaha

ok tadi aku keluar dengan my bff, Amir.. tengok cita laki laki.. hahaha.. and apa yang aku paling ingat sampai sekarang pasal cita tu ada sorang pelakon laki ni *dah nama cita laki2 sah2 la pelakon ramai laki kan* seluar dia terkoyak masa berlakon.. aku dengan amir gelak terbahak bahak tengok seluar pelakon tu terkoyak.. dah la boroi.. seluar koyak *amboi mengata orang*.. haishh.. aku tak tahu la masa edit tak sedar ke or saja nak buat seluar tu koyak.. korang ingat seluar tu koyak kat mana? koyak kat celah kelengkang dia tuh ok.. nasib baik tak nampak batang dia,, hahaha.. ops.. tapi kalau dia saja nk buat koyak ada scene seluar laki tu tak koyak.. haish.. lantak la.. tapi tadi dapat jumpa Amir kejap.. then dia kena balik sebab ada sedara dia datang rumah... haishh bila la dapat spend time together gether dengan dia lagi.. tak pe la.. kalau ada rezeki kta lepak lagi macam muda2 dulu.. hahaha..

aku sekarang perasaan tengah bercampur baur.. entah la.. sedih ada.. bosan ada.. macam2 la.. tak tahu la kenapa.. rindu seseorang kot.. hahaha.. tu je kot buat setakat ni.. nanti ada benda best ke aku update lagi.. k.. chaw..

@~k

Thursday, 10 January 2013

#14 (9/1/2013)

SALAM
hye semua.. apa khabar.. k la.. nak story lagi.. biasa la.. story kat tempat kerja jugak la kan..

So ari nih lepas je punch kad.. kak ain suruh aku break.. sebab nanti tak de orang nak ganti..kelasss kann.. masuk2 je terus break.. tempat kau ada?? Haha.. so aku break la dengan mai.. mai pun ari nih datang lambat.. but tak pe la.. dapat together gether.. then kak ain cakap aku kena keje kat mana entah.. aku pun tak faham sangat bahasa2 saintifik mcd nih.. yang penting at kitchen..

Lepas pakai apron.. abg am suruh bersihkan tempat ayam.. aku pun bersihkan la.. lap.. dah lepas tuh abg faiz & abg zul sampai.. then abg zul suruh aku masak ayam.. maku macam.. grrr.. kalau aku taw tak da la kan aku nak kemas lap bersihkan tempat ayam.. so masa gaul2 ayam dengan tepung tuh.. aku decide nak careful.. tak nak sepah2.. penat la da kemas tadi.. btw nak gaul ayam dengan tepung nih membuatkan perut aku pinggang aku sakit.. sebab apa? Sebab kena tunduk.. bayangkanlah meja *meja ke?? Ala tempat nak gaul ayam dgn tepung la.. tak kan nak bertimpuh atas lantai kan* tu pun paras pinggang aku jerhh.. tak ke jenoh aku nak kena tunduk.. gaul.. uli.. tekan.. penyem.. lepas dah settle agak2 dah cukup.. abg zul suruh kemas then dia nak ajar benda lain.. ok.. bestt..

Aku pun kemas.. lepas dah settle.. abg zul ajar lak at bahagian burger.. bahagian masak2 burger ni.. dia ajar nak masak mc chicken.. deluxe.. nak buat prosperity.. nak masak nugget.. apple pie.. pineapple pie.. fillet o fish.. so drpd aku tak taw sgt menu at mcd.. jadi taw.. hahahaha.. abg zul kata yang tak laku sangay fillet.. aku macam.. aku suka kot fillet.. sedap gilaa.. yang laku mc chicken..  then da masak nak letak kat mana.. ok la.. best.. tak penat sangat.. may be sebab tak ramai customer.. kalau weekends.. mampos.. kelam kabut aku.. haha..

So sebnarnya tu patutnya tempat abg zul.. but sebab aku dah amik tempat dia.. dia basuh2 mencuci bagai.. senang nak closing.. cewahh.. then dia ajar macam mana nak ganti coke.. sprite.. keje at dept ni kena alert.. sekeliling kita.. kadang2 bunyi itu ini.. then crew lain bitaw burger apa dah habis kena masak.. air apa nak kena tukar sebab dah habis.. macam2.. paling menyampah nak kena respond "THANK YOU" kalau ada orang bitaw burger dah habis or wtv..

Overall ok la.. then bila aku kena angkat pie.. tetiba amik kau.. pecah.. aku da panik.. aku decide nak bitaw abg zul.. ye la.. dia baik sikit.. then abg zul suruh bitaw abg faiz.. sebab abg faiz nak rekod nanti.. nasib baik abg gaiz tak marah.. sebab ni first time aku keje at dept tu kan.. dimaafkan.. nasib baik kau.. aku da cuak.. then aku belajar gak nak prepare bubur before serve..

K la.. itu je.. then before balik aku disuruh sapu oleh abg faiz.. nasib baik aku tak kena closing.. leh balik cepat.. yay.. *berjoget* k la.. bye

@~k

#13 (8/1/2013)

SALAM
hey semua.. baiklah.. hari nih aku nak sambung story hari ke 3 aku bekerja di mcd tutt.. haha..

Ok hari nih for the first time aku masuk kerja kena punch kan.. wahh.. jakun jugak la.. sebelum nih mana ada kejadah punch2 kad ni.. so masa aku nak amik punch kad dalam office.. ada la si mamat ni aku bagi nama apa eh.. goji kot.. haha.. ahh pa pe la nama dia.. si goji ni tegur aku.. "amboi wanginya kau.. da macam perempuan" aku macam so what? Aku kerja jalan sana sini.. kau mc delivery je boleh la.. kalau tak de order duduk main fon.. bitch la kan.. then tanya aku "pakai perfume apa" aku jawab la playboy las vegas kalau tak salah aku.. apa kau ingat aku pondan sangat ke nak pakai perfume perempuan.. sengal.. then aku tanya abg bad.. aku kerja bahagian mana.. aku paling menyampah kalau nak tanya or cakap dengan abg bad.. mcm nk layan tak nak layan jerhh.. dia so tunggu jap.. then dia suruh tanya manager petang.. *memandai je* so sementara waktu nih dia suruh aku jaga lobby..

So aku cuci tangan.. cek sos.. then start la kerja.. angkat buang lap meja.. then tetiba akk ni tanya reti masak ayam tak.. aku jawab reti.. dia suruh pergi masak ayam.. aku tgk name tag.. namanya julia.. so panggil kak julia la.. so masa masak2 abg faiz & abg zul baru sampai.. diorang lambat sikit.. hujan kott.. tadi masa aku datang pun da renyai2.. so masa tengah masak ayam.. baby tegur suruh bersihkan lobby sebab dah berkecah.. aku tengah masak ayam pun da keliru.. abg zul kata teruskan je.. then tetiba ada akk manager ni datang at aku cakap lepas masak ayam pergi jaga lobby.. aku pun ok je.. da lepas masak ayam.. da kemas.. abg zul suruh gi break dulu.. so aku break la.. makan fillet o fish.. mai take over tempat aku for a while..

So lepas break dlm 30 minit.. aku sambung kerja kat lobby.. then aku dengar si mai dengan aisyah (kwn mai since form 1) gelak2 dengan abg nawi.. abg nawi ni boleh tahan la perangai.. macam lembut sikit.. then sampai 1 masa.. dia tutup party room.. means dia kena closing la ari nih.. closing tuh kena kemas.. bersihkan.. lap2.. hah tu la closing.. aku tolong la dia sikit2.. serba salah.. walaupun aku tak kena closing ari tuh.. ahh so what.. aku nak belajar sikit2.. then dia ajar aku pasal sabun2.. aku bukan ingat pun.. yang aku ingat sabun nak buat air mop.. sebab warna dia lain dari yang lain.. yang lain lebih kurang sama je.. haha

Then abg nawi panggil makan.. aku diberi ayam seketul.. prosperity separuh.. aku apa lagi.. makan je la.. nyum nyum.. makan dengan abg nawi.. akk julia.. lepas makan je.. bla la.. haha.. punch kad then balik.. kuar2 je cik yan dah tunggu kat kuar.. serba salah lak keluar lambat.. ala so what.. aku kerja.. bukan melacur ke.. haha.. ok la.. itu je.. tak de mood nak taip detail2 sangat..  nanti boring lak baca.. k la.. bye..

@~k

Tuesday, 8 January 2013

#12 (7/1/2013)

SALAM
hey korang semua.. seperti anda semua telah sedia maklum.. hari nih aku cuti cuti 1 McD.. haha.. aku bangun awal la jugak.. tetapi sebab masih sakit aku golek golek atas katil sampai pukul 8 lebih baru pergi mandi.. aku pergi mandi tu pun sebab dah kena marah dengan ibu kesayangan ku.. kalau tak.. hampeh la aku nak mandi.. haha

Ok lepas dah bersiap.. aku & ayah pergi ke bandar untuk mendapatkan suntikan padu daripad doktor yang bertauliah.. masa aku tengah cari parking dengan ayah.. bertaburan lah sekumpulan manusia yang memakai baju berlogo MBJB.. aku dah pelik.. jam menunjukkan kul 10 lebih.. eh masuk kul bapa kan? Ahh lantaklah..

klinik MBJB tu terletak kat jotic.. betul2 kat jotic at bahagian bawah.. at kedai2 yang kat luar tuhh.. aku nak masuk jehh nampak 1 notis ditampal kat pintu masuk klinik.. aku tak ingat la ayat dia macam mana.. yang aku ingat "harap maaf.. klinik ditutup dari pukul 8 - 10 kerana ada perjumpaa awal tahun 2013" ohhh no wonder lah manusia2 tadi bertempiaran baru nak sarapan pagi.. ok dah masuk staff at situh mintak gambar.. kalau tak de amik kat sebelah (koperasi mbjb) wah3.. pandai kau buat duit.. kelasss.. then sebelum gi koop mbjb aku ternampak elsham masuk bilik doktor nak buat injection..

Ok aku tunggu turn dengan ayah aku.. ada mak cik.. ada yg umur 20 lebih.. ada yang macam dari sabah.. ada orang india.. but daripad obervation aku.. ramai pekerja hotel.. Hotel Granada.. ala hotel yang baru bukak kat dengan AEON Bukit Indah.. hah.. banyak yang kerja at sana.. so now tiba turn aku snap pic.. so dah duduk aku nak senyum.. tetiba tak boleh senyum.. aku macam eh apasal ni.. aku macam terlupa cara nak senyum.. hahaha.. teruk kan.. aku biarkan je mulut aku macam mana pun.. then tunggu gambar tu siap.. aku ternampak zufar.. dia senyum at aku.. aku balas senyuman nya..

Then sebelum dia nak balik dia datang at aku.. dia tegur.. elsham pun.. rupanya mereka berdua kerja kat Pizza Hut Damansara Aliff petang nih.. ohh baru start.. aku nih da start baru nak amik injection.. haha.. teruk kan.. so aku que ka nak inject.. depan aku nih ADA PEREMPUAN NIH MENGGEDIK GILA DENGAN MAK DIA SEBAB TAKUT NAK KENA INJECTION.. aku sabar je.. then aku dengar yang dia kerja at McD.. but tak taw la McD mana.. so turn aku inject.. ala biasa je.. tak de la sakit sangat.. doktor tu berbual dengan aku nak kurangkan ketakutan aku kot . Aku rilek je.. hahaha..

Then aku ambil buku kecik macam buku 3 lima yang mengesahkan aku dah kena inject.. suntikan ni bertahan 3 tahun.. then aku tengok balik gambar aku.. bapak buruk gila aku cakap kau.. gambar paling buruk dalam sejarah hidup ku.. aku berdekak tengok.. nak marah pun ada.. haish.. barang yang kelas jangan dikenang.. memang aku tak kan bagi gambar nih kat manager.. NO WAY.. buat malu aku.. haha.. so aku teruskan perjalanan ke KWSP.. nak bukak akaun..

at KWSP ok jer.. aku masuk2 jer.. dapat nombor.. jarak nombor aku & nombor sekarang 2 nombor jeh.. tak sempat aku nak duduk lagi.. nombor aku da kuar.. nice.. (Y) aku terus gerak buat akaun.. jauh jugak la kaunter tuh.. aku macam.. OMG.. banyak nya kaunter.. no wonder ayah aku cakap dalam banyak2 goverment punya service.. service KWSP paling bagus.. good job.. then akak kaunter tu pun berbudi bahasa.. baik.. senyum.. so lepas tuh dia bagi slip pembukaan akaun 2 helai.. then done.. siap.. settle semua.. injection sudah.. KWSP sudah.. akaun Maybank sudah.. fotostat ic sudah.. tinggal gambar jer.. then complete.. gambar aku bagi gambar yang aku amik untuk lesen je la.. ada lebih 2.. so boleh la aku guna..

Ok la.. itu jer nak cita.. lepas dah balik KWSP aku menjalani kehidupan seperti biasa.. tolong mak jaga baby la.. apa lagi.. haha.. k la.. see you all in the next post.. bye..

@~k

#11 ( 6/1/2013)

SALAM
Ok la.. nak cita sikit.. hari nih ialah my 2nd day at mcd tuttt.. *mcd mana dirahsiakan.. harap maklum.. rahsia besar kerajaan anip kunit* aku datang2 je aku blur nak buat apa.. then ada sorang abang ni.. *aku tak ingat nama dia walaupun haziq ada kenalkan semalam..* aku panggil big bro je la.. tak salah aku la haziq ada cakap macam tuh.. ok.. big bro nih tunjuk ke arah office.. so aku faham lah yang dia suruh pergi jumpa manager.. then da jumpa manager aku serahkan penyata ringkas maybank dgn fotostat ic.. aku disuruh ke crew room dulu.. sebab aku datang terlalu awal mengalahkan mana2 staff yang lain.. hahaha.. *ok nih tipu*

Then masuk je dalam crew room.. daus ada.. sedang rancak berbual dengan minah ni.. aku pun tak kenal sapa.. dengar je la diorang bebual.. malas nak join.. sebab aku tak tahu pa pe story diorang tetiba nak masuk.. memang tak lah kan.. plus aku tak kenal diorang lagi.. so da nak pukul 4 semua beredar termasuk aku..

aku pergi office jumpa abg bad.. aku at luar office.. then tetiba.. ADA PEREMPUAN NIH SURUH AKU KE TEPI HANYA KERANA AKU BLOCK PANDANGAN DIA NAK TENGOK JANTAN.. *gatal tak??* aku taw la aku tak sehensem mana.. aku nak jumpa abg bad bukan nak jumpa kau sengal.. aku tengok name tag dia.. "BABY" aku macam ohh daripada nama terserlah kegedikan kau.. so malas nak layan.. but aku akan ingat kau sampai bila2.. cara kau layan aku untuk pertama kali.. then abg bad suruh aku belajar masak ayam.. *masak?? Ohh WHATEVER!!*

So again haziq akan ajar aku.. yeayy.. senang taw belajar dengan dia.. cepat je ingat.. hahahaha.. dia memang ada aura jadi pengajar.. dia ajar aku macam mana nk goreng.. regular spicy cara nya lain2.. mana ayam regular mana ayam spicy.. mana ketuhar regular.. mana ketuhar spicy.. *ketuhar?? Again WHATEVER! !* mana tepung regular mana tepung spicy.. tak de la susah sangat.. but keliru je sikit step dia.. then dia tinggalkan aku sorang jerh.. but aku dipantau oleh abg zul.. at kitchen ada abg faiz.. shahir.. aqil.. mail..

abg zul paling rapat dengan aku.. dia banyak tolong aku.. masa aku tengah gaul ayam dengan tepung.. tepung habis dia tolong ambilkan.. masa buat tuh tetiba apron aku pakai yang kotor berdaki bertepung berair ni terlanggar seluar dia at bahagian punggung.. then si baby nih leh tegur.. aku macam.. alamak.. aku serba salah sangat.. jap lagi pas tuh aku minta maaf.. dia kata tak pe.. so ari nih weekends.. so banyak customer.. ayam yang laku at mcd ni ayam spicy.. aku penah makan semalam.. but tak de la sedap mana aku rasa.. may be air tangan aku kott.. haha..

aku dah la baru nak belajar masak ayam.. then semua asyik nak ayam ayam ayam.. aku da macam kelam kabut.. ye la.. baru angkat habis.. angkat habis.. sampai naik cramp perut aku.. pinggang pun sakit.. last2 kak ain suruh aku stop try baju.. so tempat aku digantikan oleh abg zul.. nasib baik.. lepas try baju aku dibenarkan rehat.. hari nih santapan diraja ialah burger prosperity dan airnya of course milo ais.. haha.. masa rehat.. again aku ditemani oleh daus..

lepas dah rehat aku tanya abg bad nak wat apa.. abg bad suruh tanya abg zul & abg zul suruh aku basuh barang yang guna tadi untuk goreng ayam.. ok je la.. but baru lepas beberapa barang aku basuh.. abg zul suruh aku stop sebab aku basuh lembap.. haha.. dia suruh aku sapu 1 kitchen.. ahh leceh.. da la penyapu tu x best.. then panjang gila.. then kena bongkok.. dah la sakit pinggang.. aku buat je tanpa banyak cekadak mentak mentadu.. lepas dah sapu.. aku diarah untuk angkat kotak2 angkut ke belakang dan susun.. selesai.. then abg zul suruh aku kemas crew room.. before aku boleh balik.. ohh yeah.. hatiku melonjak gembira.. aku kemas dengan pantas dan terus jumpa abg bad..

Abg bad cakap esok aku dibenarkan cuti untuk pergi injection.. alhamdulilah.. pinggang aku da sakit.. perut da cramp.. dapat jugak rehat.. masa nak balik.. baby bagi aku prosperity & air milo.. dia cakap dia dah muak.. but I know.. dia bersalah sebab tadi.. haha.. suka hati.. masa otw balik.. dapat call.. akk manager suruh aku wat akaun kwsp lepas dah alang2 gi injection & nak gambar 2 keping.. eeee.. ada je.. haha.. wtv.. yg penting esok aku cuti.. yeaayyy.. haha.. k la.. itu je.. aku just minum air milo.. burger bagi mak makan sbb aku da makan burger tuh masa break.. mak kata pedas gila nak mampos.. haha.. ni baru mantop mak.. bukan macam oblong.. haha.. k la.. bye..

@~k

Saturday, 5 January 2013

#10 (5/1/2013)

SALAM
hey semua.. wat pe je tuh? Sihat? Oden sihat jorr.. k la.. ari nih nk story sikit.. so kalau tak nak dengar tuh tutup zip seluar anda k.. *merepek* hahaha..
K la.. ari nih hari Sabtu.. aku kena memaksa diri aku dengan secara tak relanya untuk bangun.. sebab hari nih indon yang mak aku upah untuk basuh cuci rumah aku setiap weekend akan hadir.. so nak tak nak kena BANGUNN!! Then aku tengok tv.. bukak la TV1.. nak tengok ada cita apa.. cita Selamat Pagi 1Malaysia.. hahaha.. dia tunjuk budak2 daftar kat tempat berkumpul.. menemu ramah bagai.. feeling2 kat Grammy Awards.. haha.. aku dekak je tengok.. nasib baik la aku tak kena.. fuhhh.. syukur alhamdulilah..
Then bulat *my bff* call aku.. dia cakap dia at tempat berkumpul.. *dia dapat plkn.. harap maklum..* so kita org bebual la.. pasal kerja.. dia ada jumpa dak EC.. teknik perd (skola aku).. teknik jb.. so suddenly putus call.. tak kisah la.. tetiba ada call masuk.. eh sapa nih kan.. start 07.. so aku angkat la.. rupanya mcd ****** call.. dia suruh datang interview & terus pakai baju kerja.. tshirt putih.. suar slack hitam.. kasut hitam.. stokin hitam.. datang pukul 4.. so aku ok je.. but dalam hati aku macam malas lak nak pergi.. macam nak pergi plkn lak.. *gedik kan*
Then aku call bulat.. dia dah gerak.. dalam bas.. aku bitaw pasal kerja.. dia cakap berkat doa aku nih.. haha.. ye la bulat thanks.. but aku tak de tshirt putih.. so aku pergi la beli dengan parents aku at uo.. tshirt putih shelai dengan handkerchief 1 kotak plus plastik (hari sabtu) bernilai RM95.. mata aku dah terjojol keluar.. haha.. tak pe la.. berkorban apa saja *nyanyi lagu p ramlee*
Then masuk2 je at mcd aku diinterview 1 akak perempuan nih.. aku rasa dia ni better daripada minachi ari tuh.. dia cakap lembut je.. senang berinteraksi.. so aku dikenalkan dengan haziq.. haziq ni orangnya friendly.. gila2.. happening.. murai pun ada gak.. sebab lepas je dia balik aku rasa mcd tu sunyi sepi seperti di gurun sahara.. dia bawa aku round2 1 mcd.. kenal kan kat semua orang *aku tak hafal pun nama diorang sangat* then aku start kerja dekat lobby.. ok la.. not bad.. part tak berapa suka.. kena mop.. buang sampah.. tu jerh.. lain ok..
Then aku direhatkan untuk menghirup kembali oksigen yang hilang pada pukul 7.. haha.. penat woo senyum jerh dari masuk tadi..makan free.. woww.. ari nih boleh makan apa saja.. so aku decide nak rasa ayam.. kentang.. & air milo.. masa aku rehat aku sorang jer.. but ada la 2 orang perempuan nih teman kejap.. nama dia sapa tah.. ada 2 orang.. sorang nama nya aisyah.. aisyah ex student SETA.. sama dengan si dia.. yang lagi sorang ex sri ke desa rahmat.. aku lupa.. diorang pun tengah tunggu SPM.. then diorang bla gi kerja.. ada sorang laki datang.. nama dia daus.. umur dah 20 lebih.. nampak friendly..
Then aku sambung kerja.. aku kerja dengan syafiqah.. but dia sampai kul 8.. lepas kul 8 aku kerja sorang.. so syafiqah ajar aku nak refill sos.. dia bawa aku masuk ke dry store.. masa dalam dry store ada sorang mamat nih.. dia tengah susun barang ke apa ke aku tak taw.. then syafiqah & aku masuk nak amik sos.. dia tengok aku tak puas hati.. bukan kita orang kacau dia pun.. padahal kotak sos jauh berbatu batu dari dia.. lantak lah.. part refill sos pun aku tak berkenan.. sebab nanti tangan aku confirm berlekit bagai..
Then sebelum mengakhiri saat2 aku di mcd ari tuh.. ada mamat nih suruh aku kemas party room.. angkat kerusi.. sapu.. ala.. senang jerhh.. nasib baik aku tak kena mop.. dia yang mop.. haha.. ohh aku lupa.. party room ni kena ditutup pada pukul 9 ke 9.30 aku tak sure.. sebab nanti susah nak kemas.. so aku dibenarkan pulang ke istana kayangan pada jam 10 lebih.. abang bad *manager laki at situh* lepas kan aku.. so esok aku check in kul 4 juga..
So setibanya aku di rumah terus tengok piala sumbangsih.. penalty kick.. seri 1 sama.. dan kemenangan memihak kepada ATM.. tak da la penat sangat kerja at lobby.. ala penat macam kau jalan bershopping 1 ari.. macam tuh je.. aku rasa kalau aku shopping dengan family ayah or mak aku lagi bengkak kot kaki aku.. haha.. ala sekolah 15,16 jam.. kerja 6, 7 jam tak kan la tak boleh kan.. k la.. itu jerh.. malam sebelum tidur bulat call lagi.. k la.. jumpa esok.. bye.. see ya..
@~k

Friday, 4 January 2013

#9 (3/1/2013)

SALAM
Apa habaq anda semua? Sihat kah? Semoga semua sihat hendaknya.. *tak reti nak bermuqadimah bagai nihh*

Ok so terus masuk story.. pagi ku ari nih tak da apa yang best la.. macam biasa jerh.. bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi.. hahaha.. *teringat zaman tadika.. semangat nyanyi dengan gaya bagai* so da nak dekat tengah hari cegituh.. aku menerima 1 utusan diraja *message masuk ke dalam inbox..* haha.. si penulis ini bernama Cik Mirza Maisarah Misran a.k.a TRIPLE M.. haha.. cantik kan nama dia.. pandai ayah dia cari nama..

Dia cakap dia tengah bosan.. aku macam.. whatt thee.. padahal tengah kerja taw.. tapi bosan.. kelass kau maria.. haha.. dia keje kat McD katt tett.. Ada la.. nak ngumpat mana leh beritahu.. haha.. Dia kena kerja at bahagian kiosk yang kecik cenonet hanya menjual aiskrim tuh yang kalau aku kerja at dalam tuh aku pun tak sure aku muat ke tak.. hahahaha.. so cita itu ini.. then dia cakap at McD ni ada kerja kosong.. aku da macam.. SERIOUSLLY?!?!?!?! Haha.. aku sebenarnya kalau boleh nak kerja kat tempat yang ada kawan.. senang berinteraksi.. *cerewet kan*

Then dia suruh aku mohon.. aku macam nak ke tak nak.. nak ke tak nak.. aku pun decide nak discuss with my dad.. & he agree.. yuhuu.. actually aku berteka teki nak mohon ke tak sebab banyak perkara.. pertama aku tengah menunggu lesen L.. then nak praktikal bagai.. then aku da mohon kerja at tempat lain gak.. haha.. at 7 Eleven & al-ikhsan.. so kalau masuk ni jerh da 5 tempat kerja aku mohon.. hahahahaha.. so what.. aku ikut petua Amir Nawi (kawan aku).. "kau mohon je semua.. macam kau nak mohon scholarship.. mohon nak masuk sekolah mana masa form 4.. haha macam tuh la.. mohon jerh.." hahahaha..

So malam tuh jugak aku ajak ayah aku pergi McD semata mata nak gi mohon kerja.. gigih kan.. pekerja contoh 2013.. hahaha.. sebaik sahaja aku menapak masuk ke dalam McD tuh jantung aku berdegup kencang macam nak jumpa awek.. *geli la siak ayat* haha.. then aku tengok at dapur.. at counter kecoh gila.. aku tak taw la kenapa kan.. ada perompak masuk ke.. duit hilang ke.. gempa bumi ke.. aku pun tak taw la.. haha..

aku ada tegur sorang pekerja ni.. but wat macam tak layan.. aku sabar je.. nak mohon kerja kan.. kalau aku customer masa tuh dah lama kena maki.. then ada sorang staff ni pakai baju hitam.. bukan lembaga ok.. hahaha.. pada firasat aku dia ni mungkin orang yang berjawatan tinggi sikit daripada yang lain.. gelagat.. perggghh.. gedikk nak mampos dengan lelaki.. *pada pandangan aku la* aku macam.. tah pa pe je.. still cool.. then ada 1 laki nih tegur aku.. nak apa.. *tegur cara sopan la* aku tanya la ada kerja kosong tak.. so laki tuh panggil lah minachi *perempuan tuh melayu* tadi tuh.. yang pakai baju hitam..

At dalam masih huru hara.. may be taufan katarina nak serang McD tu agaknya.. then dia bagi borang.. suruh isi.. so aku pun isi la.. dah isi.. aku bagi la at mamat tadi.. then dia terbaca 1 part ni..

Dari mana anda tahu ada kerja kosong di sini *something like that la* : RAKAN

then dia macam terkejut.. RAKANN!?!?!?!?! dia tanya sapa? Aku cakap la Mirza Maisarah.. Dia macam o.0.. haha.. tak kenal la tuh.. tak satu shift agaknya.. dalam hati aku mula berbicara.. *dah tu kau ingat aku taw ada kerja kat sini dari mana? At luar McD ni pun tak da cakap ada kerja kosong ke.. apa ke..* sengal x?? Macam baru 1 minit yang lepas lak dia kerja at situh.. then sementara tunggu minachi tuh.. aku terpandang sorang perempuan nih.. dia senyum at aku.. yeah aku balas balik.. wahh.. cantik gak la.. putih.. but aku tak sure la kalau dia kenal aku ke.. sebab dia berbisik something dengan kawan perempuan dia..

So minachi tuh cakap nanti pa pe dia call.. so aku bla pergi kat tempat kiosk Mai.. dia cakap cemana.. aku kata ok jerh.. then aku cakap nak aiskrim.. so macam lepas tuh ada sorang perempuan tua monopos diri sebelah aku terus macam nak beli.. aku nak je cakap.. "MAKCIK2.. TAK DE ADAB KE.. CUBA BERATUR.. TUNJUK CONTOH YANG BAIK SIKIT KAT ANAK TUH*. but yeah.. aku sabar.. then aku bayar.. Mai lak nak bagi baki at aku.. baki lak si duit syiling.. unfortunately duit da kering kontang.. dia kena bukak baru.. then mak cik nih terus order.. BITCH TAKK!?!?! sian mai.. dah kelam kabut aku tengok..

Then aku bla sambil tunjuk isyarat call at mai.. means suruh dia contact aku.. ok tu jerh la.. then malam tuh aku skype dengan anis.. haha.. tapi mata aku layu je.. then masa skype tuh.. mak dia bebel marah.. haha.. aku pun dengar je la jadikan halwa telinga.. hahahaha.. K itu je la.. see ya in the next post.. bye

@~k