Tuesday, 31 December 2013

#17 - Summary 2013

Salam.. 

Heyy 
Apakah khabar anda semua
K la disebabkan kita dah diakhir tahun 2013 ni, aku nak buat summary la pasal tahun 2013 ni..

K la kita bermula dengan grand opening 2013.. Bermulalah chapter baru dalam hidup aku.. Aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.. Walaupun kerja2 biasa kat mcd.. Aku dapat menimba pengalaman bekerja.. Berjumpa kawan2 baru.. Mengerti kepayahan mencari rezeki.. Erti teamwork.. Sesungguhnya pengalaman bekerja selama lebih kurang 6 bulan ni banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar.. 

Kisah hidup aku diteruskan dengan pengumuman keputusan SPM pada bulan Mac 2013.. Aku rasa sangat cuak masa result SPM nk announce.. Aku tak nak hampakan mak ayah aku.. Beberapa hari sebelum result keluar.. Aku seperti mendapat petunjuk untuk keputusan aku yang bakal ku terima.. Dan alhamdulilah petunjuk yang aku terima tu lebih kurang tepat.. Aku bersyukur sangat time tu.. Walaupun result aku tak straight A.. Tapi cukuplah aku dapat membuat ibu dan ayahku tersenyum riang.. Dah lama rasanya aku tak buat mak gembira dengan keputusan yang aku terima.. 

Pada bulan Jun 2013, 1 lagi peristiwa mengubah hidupku.. Mengajar aku untuk menjadi lebih matang.. Aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di UNITEN Muadzam Shah.. Pada awalnya aku runsing menerima tawaran ni kerana lokasi universiti itu jauh di pedalaman.. Tetapi aku sedar kebaikannya pada diri aku.. Di sinilah aku mengenal ramai rakan2 baru yang dapat membimbing aku ke arah yang lebih baik.. Pada mulanya aku berasa segan dengan mereka yang bersekolah di SBP & MRSM jika nak dibandingkan dengan aku yang hanya bersekolah di sekolah teknik.. Namun itu semua aku tolak ke tepi demi mencapai cita2 dan matlamat aku di sini.. Alhamdulilah pada Sem 1 aku mendapat 4 flat sekaligus layak mendapat anugerah dekan.. Aku harap delegasi kegemilangan ini bakal diteruskan untuk Sem 2 ini.. Aku bakal menduduki final exam pada pertengahan bulan Januari 2014 ini.. Doakan aku berjaya dan menggembirakan hati kedua ibu bapaku..

Itulah sedikit sebanyak peristiwa penting dalam hidupku untuk tahun 2013.. Azam tahun baru aku ialah untuk mengekalkan pointer 4 flat dan menggembirakan hati ibu ayahku.. Aku harap 2014 ini membawa lebih banyak kenangan manis dalam hidupku.. 

Selamat Tahun Baru

@~k

No comments:

Post a Comment