Tuesday, 31 December 2013

#17 - Summary 2013

Salam.. 

Heyy 
Apakah khabar anda semua
K la disebabkan kita dah diakhir tahun 2013 ni, aku nak buat summary la pasal tahun 2013 ni..

K la kita bermula dengan grand opening 2013.. Bermulalah chapter baru dalam hidup aku.. Aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.. Walaupun kerja2 biasa kat mcd.. Aku dapat menimba pengalaman bekerja.. Berjumpa kawan2 baru.. Mengerti kepayahan mencari rezeki.. Erti teamwork.. Sesungguhnya pengalaman bekerja selama lebih kurang 6 bulan ni banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar.. 

Kisah hidup aku diteruskan dengan pengumuman keputusan SPM pada bulan Mac 2013.. Aku rasa sangat cuak masa result SPM nk announce.. Aku tak nak hampakan mak ayah aku.. Beberapa hari sebelum result keluar.. Aku seperti mendapat petunjuk untuk keputusan aku yang bakal ku terima.. Dan alhamdulilah petunjuk yang aku terima tu lebih kurang tepat.. Aku bersyukur sangat time tu.. Walaupun result aku tak straight A.. Tapi cukuplah aku dapat membuat ibu dan ayahku tersenyum riang.. Dah lama rasanya aku tak buat mak gembira dengan keputusan yang aku terima.. 

Pada bulan Jun 2013, 1 lagi peristiwa mengubah hidupku.. Mengajar aku untuk menjadi lebih matang.. Aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di UNITEN Muadzam Shah.. Pada awalnya aku runsing menerima tawaran ni kerana lokasi universiti itu jauh di pedalaman.. Tetapi aku sedar kebaikannya pada diri aku.. Di sinilah aku mengenal ramai rakan2 baru yang dapat membimbing aku ke arah yang lebih baik.. Pada mulanya aku berasa segan dengan mereka yang bersekolah di SBP & MRSM jika nak dibandingkan dengan aku yang hanya bersekolah di sekolah teknik.. Namun itu semua aku tolak ke tepi demi mencapai cita2 dan matlamat aku di sini.. Alhamdulilah pada Sem 1 aku mendapat 4 flat sekaligus layak mendapat anugerah dekan.. Aku harap delegasi kegemilangan ini bakal diteruskan untuk Sem 2 ini.. Aku bakal menduduki final exam pada pertengahan bulan Januari 2014 ini.. Doakan aku berjaya dan menggembirakan hati kedua ibu bapaku..

Itulah sedikit sebanyak peristiwa penting dalam hidupku untuk tahun 2013.. Azam tahun baru aku ialah untuk mengekalkan pointer 4 flat dan menggembirakan hati ibu ayahku.. Aku harap 2014 ini membawa lebih banyak kenangan manis dalam hidupku.. 

Selamat Tahun Baru

@~k

#16 (31/12/2013)

Salam.. 
Hye uolsss.. 

Pejam celik terbeliak pejam celik terbeliak kita dah pun tiba di hari terakhir tahun 2013.. So, ahad yang lepas aku pulang semula ke rumah kedua aku.. Haishh kejap je habis cuti.. Cuti kali ni tak best walaupun cuti seminggu.. Sebabnya tak banyak gi jalan.. Kereta waja lama ayah aku dah tolak.. So terpaksa la hidup tanpa kereta untuk beberapa hari.. Aku balik muadzam sini naik kete baru.. Wuuhuuu.. Kereta Peugeot 408.. Dapat kereta tu jumaat lepas.. Excited juga la balik muadzam naik kete baru.. Hahaha..  Tapi sebab kereta baru so belum selesakan badan lagi untuk jalan jauh.. Tak boleh tidur.. Kebetulan ijat, member aku, tumpang.. Lagi la tak boleh tidur.. Ye la.. Aku tidur berdengkur.. Segan kot.. Bhahahaha.. 

Malam ahad tu jugak la aku bertungkus lumus siapkan assignment ACSF.. Kebetulan group assignment dan aku ketua.. Memang last minit la buatkan.. Hahaha.. Kelab kabut aku cakap kau.. Aku tidur kul 3.. Kebetulan pagi tu class kul 8.. Mcm nk nangis gak la.. Hahaha.. *gembeng* Then pagi tu aku dapat msj dari lecturer.. Ye la aku class rep utk subjek pagi tu.. Bisnes Math (QNTF024).. Madam cakap dia ada hal.. Anak dia demam.. So class start kul 9.. Aku baru nak bangun, baca msj tu terus tidur.. Hahahaha.. Housemate aku da gelabah aku tak bangun.. Takut terlepas bas.. Aku selamba je cakap.. Class kul 9 la oiii.. Tidur2.. Haha.. Last2 semua tidur balik.. 

Kesan tak buat keje tu tak habis di situ sahaja.. Sambung untuk hari isnin malam tu.. Aku kena siapkan individual assignment accounting (AFAF024).. Aku dengan tak buat apa2 langsung mcm lipas kudung siapkan.. Alhamdulilah aku berjaya siapkan dan tidur pada jam 5.. Bangun pagi tu ngantuknya Allah je yang tahu.. Nasib baik selasa ada 1 je class.. So rasa mcm rilex sikit.. Hahaha..

Itu lah kisah keserabutan aku di UNITEN ni.. So kepada students kat luar tu.. Jangan ikut aku.. Tersiksa korang nanti.. Siapkan kerja awal.. Jadilah pelajar yang cemerlang.. Haha.. Ok itu je la untuk hari ni.. See you guys next year k.. Byee..

@~k

Wednesday, 25 December 2013

#15 (24/12/2013)

SALAM

haii... dah berhabuk blog aku ni.. tetiba rasa nak usha balik blog ni.. tengok2 last update masa baru2 aku masuk keje kat mcd.. bhahahaha.. dah nak setahun kot aku keje kat situ.. bayangkan betapa lamanya aku tak update blog..

so hari ni dah 24/12/2013.. sekejap je masa berlalu kan.. untuk pengetahuan korang.. actually aku now tengah cuti.. cuti christmas.. apa sebab yang buat aku tergerak nak update blog.. dah cuti2 ni faham2 lah bosan.. aku ni sorang.. tak de sapa nak borak.. nak bercerita.. stress ok.. so aku decide nak coret coret kat sini.. *padahal assignment bertimbun tengah tunggu aku.. hahhaahaha

ok tadi aku keluar dengan my bff, Amir.. tengok cita laki laki.. hahaha.. and apa yang aku paling ingat sampai sekarang pasal cita tu ada sorang pelakon laki ni *dah nama cita laki2 sah2 la pelakon ramai laki kan* seluar dia terkoyak masa berlakon.. aku dengan amir gelak terbahak bahak tengok seluar pelakon tu terkoyak.. dah la boroi.. seluar koyak *amboi mengata orang*.. haishh.. aku tak tahu la masa edit tak sedar ke or saja nak buat seluar tu koyak.. korang ingat seluar tu koyak kat mana? koyak kat celah kelengkang dia tuh ok.. nasib baik tak nampak batang dia,, hahaha.. ops.. tapi kalau dia saja nk buat koyak ada scene seluar laki tu tak koyak.. haish.. lantak la.. tapi tadi dapat jumpa Amir kejap.. then dia kena balik sebab ada sedara dia datang rumah... haishh bila la dapat spend time together gether dengan dia lagi.. tak pe la.. kalau ada rezeki kta lepak lagi macam muda2 dulu.. hahaha..

aku sekarang perasaan tengah bercampur baur.. entah la.. sedih ada.. bosan ada.. macam2 la.. tak tahu la kenapa.. rindu seseorang kot.. hahaha.. tu je kot buat setakat ni.. nanti ada benda best ke aku update lagi.. k.. chaw..

@~k